maaf
aku cuma mampu berkata kata
walaupun ia tidak bermakna apa apa
maaf
aku cuma mampu menuding jari
kerana tiada siapa yang berani
menegakkan diri sendiri
maaf
aku cuma mampu bertanya
kerana aku tiada jawapannya
maaf
aku cuma seorang perempuan
yang cetek pemikirannya
yang perlahan perjalannya
yang bongkak riak wajahnya
maaf
aku bukan disini untuk meninggi diri
aku bukan disini untuk mencaci maki
aku bukan disini untuk merayu simpati
maaf
aku cuma kesini untuk kepuasan diri sendiri
maaf
aku tidak kenal siapa lawanku
kerana dia bacul melontar batu
dan tersembunyi jari jemarinya itu
disebalik satu senyuman palsu
maaf..
aku disini untuk menjaga tata susila ku
aku disini untuk menjaga kawasan larangan ku
aku disini untuk menjaja peribahasa ku
maaf
kerana aku tidak tahu siapa kamu
No comments:
Post a Comment
be kind be harsh be anything just let it be