ada seorang lelaki
yang menyanyi sunyi
dia pingin terbang jauh sekali
sehingga kehujung negeri
dia berperi
semakin jauh perjalanan
semakin tersembunyi satu - satu kenaifan
di sebalik setiap satu penipuan
dia kesesatan
dia kehilangan sifat - sifat kejujuran
dia longlai
terbuai - buai
dan terkulai
di pukul ombak tidak berbadai
sekarang dia cuma ada satu dunia
yang permata tidak lagi ada harganya
yang ada cuma serpihan - serpihan kaca
dia cuma ada kata - kata
tapi semuanya tipu belaka
maruahnya hilang begitu sahaja
yang di kendong jatuh berciciran
yang dikejar tidak kesampaian
dia longlai
terbuai - buai
dan terkulai
di pukul ombak tidak berbadai
i write poems and short stories sometimes.. coz i got too much time alone at home and it keeps me wondering how beautiful life can be if i do things differently.. ya,. whatever.. enjoy..
Followers
Wednesday, December 7, 2011
Thursday, December 1, 2011
siapa sebenarnya lelaki yang kau sayang
siapa dia yang sebenarnya lelaki yang kau sayang itu?
banyak sekali cerita berbau cemburu
tapi kenapa dia cuma diam dan bisu?
banyak sekali cerita berbau cemburu
tapi kenapa dia cuma diam dan bisu?
Monday, November 14, 2011
Amina tak mengenang budi.
Ini Amina.
Cerita ini tentang seorang perempuan yang bernama Amina.
Dia tidak ada pekerti dan selalu tidak mengenang budi.
Berjam jam Amina bersiap mencantikkan diri. Dia ada temujanji berjumpa dengan seorang teman lelaki.
Jam sudah pukul empat dan dia sudah jauh terlambat. Dia memilih untuk tidak menunaikan solat.
Amina ada seorang abang yang baik hati dan penyayang. Dia selalu bantu Amina dalam apa pun kesusahan yang datang.
Abangnya cuma tanyakan satu soalan kerana dia tidak cukup wang untuk pulang.
" Boleh tolong hantarkan malam nanti? Abang tak ada duit nak naik teksi.."
Dengan pantas suara Amina jadi tinggi :
" Kenapa taknak cakap awal awal tadi?!! sekarang dah lambat nii!! nanti nak balik sini lagi,. nak kesana lagi!!kan menyusahkan macam nii !! "
Abangnya cuma mendiamkan diri berkecil hati.
Amina terus bergegas pergi
Sejam kemudian baru dia terasa tak sampai hati..
Tapi abangnya sudah pulang sendiri berjalan kaki membawa cebisan hati yang terluka akibat ditengking tadi.
Amina terasa dirinya sangat keji.
Amina terasa dirinya sangat keji.
Saturday, November 12, 2011
Thursday, November 10, 2011
Nasib Orang Tua Yang Ada 5 Anak Dewasa
Mereka bercerita tentang penantian seorang tua yang ada Lima orang anak dewasa..
Terlihat satu kelibat di sebalik pintu
Seorang tua sedang khusyuk memerhatikan waktu berlalu
Dia nampak begitu pilu
Dengan raut wajah yang lesu
Terduduk sepi dia disitu
Terdiam di satu penjuru
Termangu kaku
Termenung sayu
Seakan menunggu sesuatu
Yang gamaknya tidak mungkin berlaku
Bila hujan turun berlari laju
Terkumat kamit bibirnya tidak setuju
Kerana lamunannya telah terganggu
CERITA LAMA TENTANG MASA DEPAN UNTUK SATU PERJALANAN MENUJU TUHAN
Bacakan cerita lama
Tentang dunia manusia
Dan alam semesta di sekelilingnya
Yang semua percaya
Dulunya,
Angin bersepoi dengan bahasa
Air mengalir gembira
Tanah subur tidak ternoda
Api terang dalam gelita
Semua tunduk tanda setia
Semua umat manusia
Di ajar perihal agama
Di ajar tentang jasa
Di ajar tentang budi bahasa
Di ajar tentang pahala dan dosa
Tentang kehidupan
Terlandas luas jalan
Berpandukan Al Qur'an
Ingatkan semua orang
Tentang apa yang di larang
Sebelum ajal datang
Jangan leka menari inang
Jangan riang berkuda kepang
Jangan melayang layang
Jangan menjerit lantang
Atau Syaitan yang kenyang
Jangan lupa
Pada belaian ibunda
Yang tiada taranya
Jangan lupa
Pada jasa ayahanda
Yang tidak terkira
Doakan mereka
Sejahtera di Akhirat sana
Tunaikan kewajipan kamu
Ingat tentang suntuknya waktu
Esok akan datang !!
Bila angin jadi kencang !!
Laut akan meradang !!
Tanah pasti bergoncang !!
Api jadi garang !!
Esok akan menjelang
Lambat laun pasti datang
Satu cerita panjang
Terhimpun semua di satu padang
Semuanya telanjang
Tanpa perasaan sayang
Takutkan Tuhan
Lahirkan kesedaran
Terukir senyuman
Sepanjang perjalanan
Wednesday, November 9, 2011
Maaf
maaf
aku cuma mampu berkata kata
walaupun ia tidak bermakna apa apa
maaf
aku cuma mampu menuding jari
kerana tiada siapa yang berani
menegakkan diri sendiri
maaf
aku cuma mampu bertanya
kerana aku tiada jawapannya
maaf
aku cuma seorang perempuan
yang cetek pemikirannya
yang perlahan perjalannya
yang bongkak riak wajahnya
maaf
aku bukan disini untuk meninggi diri
aku bukan disini untuk mencaci maki
aku bukan disini untuk merayu simpati
maaf
aku cuma kesini untuk kepuasan diri sendiri
maaf
aku tidak kenal siapa lawanku
kerana dia bacul melontar batu
dan tersembunyi jari jemarinya itu
disebalik satu senyuman palsu
maaf..
aku disini untuk menjaga tata susila ku
aku disini untuk menjaga kawasan larangan ku
aku disini untuk menjaja peribahasa ku
maaf
kerana aku tidak tahu siapa kamu
Sunday, November 6, 2011
last night i travel myself to another dimension
Last night I travel myself to another dimension
the last thing I remember was, we were having a conversation.
Saturday, November 5, 2011
Telanjang
kaca kaca terpisah
tiada kaca basah
mengalir sang air jernih
berjalan atas angin
satu kaca bersinar
dua kaca berpinar
berdiri lali
sentuhan terusik
perasaan jadi asyik
semua yang tidak
cuma satu kehendak
muka sembab
bergerak lembab
tanpa sebab
berbisik perlahan
tumpukan perhatian
bayang bayang tertinggal
cerita derita yang janggal
menangis dan menyanyi
tanpa bunyi
terbang bebas
bermimpikan angkasa lepas
telanjangkan fikiran
buang semua kesulitan
ubah corak pemikiran
hayati setiap perkataan
biar dia meraung kesakitan
dia menjerit kesedapan
lepaskan perlahan
tarik nafas kemarahan
hela kan kepuasan
the bird's song
the birds are singing
i am sitting
i am listening
i keep reading
i can't stop smiling
and it keeps me thinking
about one thing
leaving
Thursday, November 3, 2011
Harga Sehelai Hati Sendiri
jangan berhenti di sini
jangan hilangkan harga sehelai hati
jangan tinggalkan diri sendiri
cari sendiri sekeping hati
kemana dia pergi
jangan biarkan dia mati
sedikit lagi kau lari
sampai mana pun jangan berhenti
biarkan yang lain mati
jangan berhenti mencari
dia hilang sukar diganti
dia pergi tidak akan kembali
teruskan berlari
jangan toleh kanan atau kiri
mati nanti bila ikutkan hati
jangan hilangkan harga sehelai hati
jangan tinggalkan diri sendiri
cari sendiri sekeping hati
kemana dia pergi
jangan biarkan dia mati
sedikit lagi kau lari
sampai mana pun jangan berhenti
biarkan yang lain mati
jangan berhenti mencari
dia hilang sukar diganti
dia pergi tidak akan kembali
teruskan berlari
jangan toleh kanan atau kiri
mati nanti bila ikutkan hati
And So On
to him
i used to love
to him
i did what i did
to him
i did my biggest mistakes
for him,
i suffer
for him,
i become selfless
for him,
i become different
for him,
i cried all day
for him,
i cried all night
and so he left
and so i restart
and i found you
and i found you
and i found you
and you found me
you found me..
and so you wait
and so you wait more
for years you wait
and so im yours
and i know you're mine
and i got carried away
i forget
you can leave
you might leave
and so you left
and i stopped..
i think
i think wise
i want you
i just want you
and so i want you
and so i call
but i missed
and so i cry
but you stand still
and so i beg
i apologize
i beg
i cried
i want you
and so you stay for good
and so im grateful
you opened my eyes
you make me realize
i cant make the same mistakes i did
i cant make you leave
or no one can marry me
i used to love
to him
i did what i did
to him
i did my biggest mistakes
for him,
i suffer
for him,
i become selfless
for him,
i become different
for him,
i cried all day
for him,
i cried all night
and so he left
and so i restart
and i found you
and i found you
and i found you
and you found me
you found me..
and so you wait
and so you wait more
for years you wait
and so im yours
and i know you're mine
and i got carried away
i forget
you can leave
you might leave
and so you left
and i stopped..
i think
i think wise
i want you
i just want you
and so i want you
and so i call
but i missed
and so i cry
but you stand still
and so i beg
i apologize
i beg
i cried
i want you
and so you stay for good
and so im grateful
you opened my eyes
you make me realize
i cant make the same mistakes i did
i cant make you leave
or no one can marry me
Diam
bila aku diam,
dia lagi diam.
bila aku kusut,
dia lagi kusut.
bila aku gumbira,
dia lagi gumbira!!
kata dia
hidup dia bukan untuk dia
hidup dia untuk kita
hidup dia bukan untuk masa lepas..
hidup dia untuk masa depan..
hidup dia untuk tuhan dan aku
walaupun aku faham,
dia tetap tak bercakap.
walaupun aku diam,
dia masih tak faham.
walau apa pun..
dia tetap diam
tapi dalam diam dia yang terpaling diam,
dia mati.
dia matikan hati untuk aku sampai mati..
dia lagi diam.
bila aku kusut,
dia lagi kusut.
bila aku gumbira,
dia lagi gumbira!!
kata dia
hidup dia bukan untuk dia
hidup dia untuk kita
hidup dia bukan untuk masa lepas..
hidup dia untuk masa depan..
hidup dia untuk tuhan dan aku
walaupun aku faham,
dia tetap tak bercakap.
walaupun aku diam,
dia masih tak faham.
walau apa pun..
dia tetap diam
tapi dalam diam dia yang terpaling diam,
dia mati.
dia matikan hati untuk aku sampai mati..
Monday, October 31, 2011
SI MULUT PUAKA
Si Mulut Puaka
Setiap malam mereka akan bertemu di hutan. Menceritakan hari hari yang mereka lalui. Kenta sentiasa mengelakkan diri dari bercerita tentang dirinya.
Tiba satu malam. Kenta tidak dapat menahan nafsunya. Dia tidak mahu memaksa Siko. Tetapi memujuknya. Dia menggunakan ayat yang semanisnya. Janji yang sepatutnya. Siko terpedaya dengan mudah kerana Siko cuma seorang perempuan yang penyayang. Dia sayangkan Kenta. Dia mahu Kenta sayangkan dia. Dengan perlahan Siko rebah didalam pelukan Kenta.
Kini, setiap malam yang mereka lalui adalah semata mata untuk memuaskan nafsu Kenta.
Sehingga Kenta menjadi sangat bengis jika Siko menolak kemahuannya.
Sekali sekala Siko sendiri yang meminta Kenta memperlakukannya. Mereka semakin hanyut bersama nafsu.
Siko kini sangat sayangkan Kenta. Dengan sepenuh jiwa dan raganya.
Dia mahu hidup selamanya bersama Kenta. Dia mahu melihat Kenta setiap masa.
Tetapi, malang sekali, Kenta datang dari kampung yang paling hujung. Semua orang orang di kampunya jahat jahat belaka. Keluarga Kenta juga sangat jahat dan berwajah hodoh semuanya. Ia bermaksud, Kenta juga begitu. Siko tidak menyedari kehodohan Kenta selama ini kerana dia telah dibutakan oleh cintanya dan sayangnya yang sangat dalam terhadap Kenta.
Kenta seorang yang hodoh sebenarnya.
Kukunya hitam.
Rambutnya kereteng.
Kulitnya tidak rata.
Bahunya berkudis.
Hidungnya kembang.
Giginya kuning dan mulutnya berbau makanan basi.
Tapi semua itu tidak menjadi masalah bagi Siko kerana dia telahpun menerima Kenta dengan seada adanya dia.
Rambutnya kereteng.
Kulitnya tidak rata.
Bahunya berkudis.
Hidungnya kembang.
Giginya kuning dan mulutnya berbau makanan basi.
Tapi semua itu tidak menjadi masalah bagi Siko kerana dia telahpun menerima Kenta dengan seada adanya dia.
Satu persatu perubahan terhadap diri Kenta sudah terlihat oleh Siko. Kenta panas baran. Kenta kuat cemburu. Kenta sangat pemarah. Tapi dia sudah terlanjur selama enam tahun menjalinkan hubungan nya bersama Kenta. Walau buruk mana sekali perangai Kenta, Siko sedia terima kerana dia cuma sayangkan Kenta dan Kenta sahaja.
‘Alang alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan’ kata Siko dalam hati. Dia semahu mahunya ingin menyelamatkan hubungannya bersama Kenta yang tidak pernah sedar diri itu.
Segala kebaikan pada Siko terhadapnya tidak pernah terlihat. Dia hanya memandang Siko seperti seorang perempuan murahan yang tergila gilakannya.
Kenta mula rimas dengan Siko yang terlalu menyayanginya. Dia lantas meninggalkan Siko dan mencari perempuan lain.
Siko menangis dan sangat kecewa. Kecewanya teramat dalam. Senyumnya tidak ada yang manis lagi. Kecantikannya semakin pudar kerana terlalu banyak menangis.
Dia tidak ceria lagi. Dia bukan periang lagi.
Hatinya yang baik pada suatu ketika dahulu, perlahan lahan berubah menjadi pedendam.
Siko sangka dia masih baik hati lagi. Dia tidak mahu meluahkan kemarahannya kepada sesiapa.
Semakin lama semakin banyak yang Siko simpan.
Segala keperitan, segala kesakitan, segala kesengsaraan dia harus tanggung seorang diri. Hanya dia yang tanggung. Dia cuma seorang perempuan yang baik hati, bukan terlalu kuat menghadapi cabaran sebegini rupa.
Siko kini hatinya sudah jahat. Lebih jahat dari Kenta. Lebih jahat dari keluarga Kenta. Lebih pedendam dari sesiapa sahaja.
Kata kata Siko kini menjadi sesuatu yang puaka. Apa sahaja yang disumpahnya, pasti menjadi. Sesiapa sahaja yang menyindirnya, pasti akan disumpahnya. Dia kehilangan hidupnya yang aman dan damai pada suatu ketika dahulu. Semuanya kerana Kenta.
Pada suatu hari, Siko ke hutan. Bersedih. Meratap kehilangan Kenta yang tidak mahukan dia lagi. Sedang dia menangis dan sangat bersedih, dia ternampak Kenta sedang berasmara dengan perempuan lain. dia menjerit sekuat hatinya memanggil nama Kenta.
Tiba tiba mereka terpaku dan tidak langsung boleh bergerak.
Kenta tercengang. Perempuan asing itu juga tercengang sekali.
Siko kini berdiri dihadapan Kenta dan perempuan baru nya. Siko memejamkan matanya. Dia kini tidak menangis lagi.
“Wahai Kenta yang aku sayangi, oleh kerana kau perlakukan aku sebegini kecewa, aku bersumpah diatas namaku sendiri bahawa kau tidak akan hidup bahagia dengan sesiapa sahaja yang ada didalam hidupmu selainku. Tidak akan ada perempuan yang akan menyayangi kau seperti mana aku.
Dengar kataku, Kenta. Kau akan makan bersama sumpahku di setiap harimu.”
Lalu Siko beredar.
Keesokan harinya, Kenta ketakutan.
Dia takut akan kata kata Siko.
Begitulah juga setiap harinya, Kenta ketakutan.
Dia takut akan kata kata Siko.
Bertahun dan berabad juga, Kenta masih ketakutan.
Dia takut akan kata kata Siko.
Tamat.
Thursday, October 27, 2011
orang muda
ingat lagi satu hari dulu
masa kita terbang tak terpenjuru
kita muda dan terburu buru
kita tidak boleh bersatu
walau apa pun yang berlaku
kerana aku tidak cintakan kamu
jadi duduk sahaja diam disitu
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
i heard she talked about others who talked about her but she didnt know everyone talks about her i heard she talked about others who talk...
-
yang merah jadi hitam yang putih jadi kelam yang hijau jadi manis yang pahit jadi sinis rosak satu aqidah rosak dua aqidah pecah sat...
-
Ini Amina. Cerita ini tentang seorang perempuan yang bernama Amina. Dia tidak ada pekerti dan selalu tidak mengenang budi. ...
-
i have a bestfriend.. shes beautiful in and out.. we've been bestfriend since i was 12 and she was 11.. eversince that age, we did ev...
-
ada seorang lelaki yang menyanyi sunyi dia pingin terbang jauh sekali sehingga kehujung negeri dia berperi semakin jauh perjalanan s...
-
ada seorang perempuan cantik hatinya telah di usik dia jadi asyik bila di layan dengan baik hatinya hilang diculik tidak...
I am fou summer
I talk to myself
my pseudonym is psycho!!
fou summer
- summer
- johor bahru, johore, Malaysia
- listen.. analyze.. hate and like.. absorb what's important, less talk, talk too much,. my pseudonym is psycho..











