Followers

Monday, October 31, 2011

SI MULUT PUAKA

Si Mulut Puaka


Setiap malam mereka akan bertemu di hutan. Menceritakan hari hari yang mereka lalui.  Kenta sentiasa mengelakkan diri dari bercerita tentang dirinya.

Tiba satu malam. Kenta tidak dapat menahan nafsunya. Dia tidak mahu memaksa Siko. Tetapi memujuknya. Dia menggunakan ayat yang semanisnya. Janji yang sepatutnya. Siko terpedaya dengan mudah kerana Siko cuma seorang perempuan yang penyayang. Dia sayangkan Kenta. Dia mahu Kenta sayangkan dia. Dengan perlahan Siko rebah didalam pelukan Kenta. 

Kini, setiap malam yang mereka lalui adalah semata mata untuk memuaskan nafsu Kenta. 
Sehingga Kenta menjadi sangat bengis jika Siko menolak kemahuannya. 
Sekali sekala Siko sendiri yang meminta Kenta memperlakukannya. Mereka semakin hanyut bersama nafsu. 

Siko kini sangat sayangkan Kenta. Dengan sepenuh jiwa dan raganya. 
Dia mahu hidup selamanya bersama Kenta. Dia mahu melihat Kenta setiap masa.
Tetapi, malang sekali, Kenta datang dari kampung yang paling hujung. Semua orang orang di kampunya jahat jahat belaka. Keluarga Kenta juga sangat jahat dan berwajah hodoh semuanya. Ia bermaksud, Kenta juga begitu. Siko tidak menyedari kehodohan Kenta selama ini kerana dia telah dibutakan oleh cintanya dan sayangnya yang sangat dalam terhadap Kenta.

Kenta seorang yang hodoh sebenarnya. 
Kukunya hitam.
Rambutnya kereteng.
Kulitnya tidak rata.
Bahunya berkudis.
Hidungnya kembang.
Giginya kuning dan mulutnya berbau makanan basi.
Tapi semua itu tidak menjadi masalah bagi Siko kerana dia telahpun menerima Kenta dengan seada adanya dia. 

Satu persatu perubahan terhadap diri Kenta sudah terlihat oleh Siko. Kenta panas baran. Kenta kuat cemburu. Kenta sangat pemarah. Tapi dia sudah terlanjur selama enam tahun menjalinkan hubungan nya bersama Kenta. Walau buruk mana sekali perangai Kenta, Siko sedia terima kerana dia cuma sayangkan Kenta dan Kenta sahaja.

 ‘Alang alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan’ kata Siko dalam hati. Dia semahu mahunya ingin menyelamatkan hubungannya bersama Kenta yang tidak pernah sedar diri itu. 
Segala kebaikan pada Siko terhadapnya tidak pernah terlihat. Dia hanya memandang Siko seperti seorang perempuan murahan yang tergila gilakannya. 
Kenta mula rimas dengan Siko yang terlalu menyayanginya. Dia lantas meninggalkan Siko dan mencari perempuan lain. 

Siko menangis dan sangat kecewa. Kecewanya teramat dalam. Senyumnya tidak ada yang manis lagi. Kecantikannya semakin pudar kerana terlalu banyak menangis. 
Dia tidak ceria lagi. Dia bukan periang lagi. 
Hatinya yang baik pada suatu ketika dahulu, perlahan lahan berubah menjadi pedendam.
Siko sangka dia masih baik hati lagi. Dia tidak mahu meluahkan kemarahannya kepada sesiapa. 
Semakin lama semakin banyak yang Siko simpan. 
Segala keperitan, segala kesakitan, segala kesengsaraan dia harus tanggung seorang diri. Hanya dia yang tanggung. Dia cuma seorang perempuan yang baik hati, bukan terlalu kuat menghadapi cabaran sebegini rupa. 

Siko kini hatinya sudah jahat. Lebih jahat dari Kenta. Lebih jahat dari keluarga Kenta. Lebih pedendam dari sesiapa sahaja. 

Kata kata Siko kini menjadi sesuatu yang puaka. Apa sahaja yang disumpahnya, pasti menjadi. Sesiapa sahaja yang menyindirnya, pasti akan disumpahnya. Dia kehilangan hidupnya yang aman dan damai pada suatu ketika dahulu. Semuanya kerana Kenta.
Pada suatu hari, Siko ke hutan. Bersedih. Meratap kehilangan Kenta yang tidak mahukan dia lagi. Sedang dia menangis dan sangat bersedih, dia ternampak Kenta sedang berasmara dengan perempuan lain. dia menjerit sekuat hatinya memanggil nama Kenta.

Tiba tiba mereka terpaku dan tidak langsung boleh bergerak.
Kenta tercengang. Perempuan asing itu juga tercengang sekali. 

Siko kini berdiri dihadapan Kenta dan perempuan baru nya. Siko memejamkan matanya. Dia kini tidak menangis lagi. 

“Wahai Kenta yang aku sayangi, oleh kerana kau perlakukan aku sebegini kecewa, aku bersumpah diatas namaku sendiri bahawa kau tidak akan hidup bahagia dengan sesiapa sahaja yang ada didalam hidupmu selainku. Tidak akan ada perempuan yang akan menyayangi kau seperti mana aku. 
Dengar kataku, Kenta. Kau akan makan bersama sumpahku di setiap harimu.”

Lalu Siko beredar. 

Keesokan harinya, Kenta ketakutan. 
Dia takut akan kata kata Siko.
Begitulah juga setiap harinya, Kenta ketakutan. 
Dia takut akan kata kata Siko.
Bertahun dan berabad juga, Kenta masih ketakutan. 
Dia takut akan kata kata Siko. 

Tamat.

Popular Posts

I am fou summer
I talk to myself





my pseudonym is psycho!!

fou summer

johor bahru, johore, Malaysia
listen.. analyze.. hate and like.. absorb what's important, less talk, talk too much,. my pseudonym is psycho..