Followers

Monday, November 14, 2011

Amina tak mengenang budi.





Ini Amina.










Cerita ini tentang seorang perempuan yang bernama Amina.
Dia tidak ada pekerti dan selalu tidak mengenang budi.


Berjam jam Amina bersiap mencantikkan diri. Dia ada temujanji berjumpa dengan seorang teman lelaki.

Jam sudah pukul empat dan dia sudah jauh terlambat. Dia memilih untuk tidak menunaikan solat.

Amina ada seorang abang yang baik hati dan penyayang. Dia selalu bantu Amina dalam  apa pun kesusahan yang datang. 

Abangnya cuma tanyakan satu soalan kerana dia tidak cukup wang untuk pulang.

" Boleh tolong hantarkan malam nanti? Abang tak ada duit nak naik teksi.."

Dengan pantas suara Amina jadi tinggi  :

" Kenapa taknak cakap awal awal tadi?!! sekarang dah lambat nii!! nanti nak balik sini lagi,. nak kesana lagi!!kan menyusahkan macam nii !! "

Abangnya cuma mendiamkan diri berkecil hati.

Amina terus bergegas pergi

Sejam kemudian baru dia terasa tak sampai hati.. 

Tapi abangnya sudah pulang sendiri berjalan kaki membawa cebisan hati yang terluka akibat ditengking tadi.

Amina terasa dirinya sangat keji. 










tangisan berlagu

















Saturday, November 12, 2011

Thursday, November 10, 2011

Nasib Orang Tua Yang Ada 5 Anak Dewasa



Mereka bercerita tentang penantian seorang tua yang ada Lima orang anak dewasa..



Terlihat satu kelibat di sebalik pintu
Seorang tua sedang khusyuk memerhatikan waktu berlalu

Dia nampak begitu pilu
Dengan raut wajah yang lesu
Terduduk sepi dia disitu 
Terdiam di satu penjuru
Termangu kaku 
Termenung sayu
 Seakan menunggu sesuatu
Yang gamaknya tidak mungkin berlaku

Bila hujan turun berlari laju
 Terkumat kamit bibirnya tidak setuju
Kerana lamunannya telah terganggu





CERITA LAMA TENTANG MASA DEPAN UNTUK SATU PERJALANAN MENUJU TUHAN




Bacakan cerita lama
Tentang dunia manusia
Dan alam semesta di sekelilingnya
Yang semua percaya

Dulunya,
Angin bersepoi dengan bahasa
Air mengalir gembira
Tanah subur tidak ternoda
Api terang dalam gelita
Semua tunduk tanda setia

Semua umat manusia
Di ajar perihal agama
Di ajar tentang jasa
Di ajar tentang budi bahasa
Di ajar tentang pahala dan dosa

Tentang kehidupan
Terlandas luas jalan
Berpandukan Al Qur'an

Ingatkan semua orang
Tentang apa yang di larang
Sebelum ajal datang

Jangan leka menari inang
Jangan riang berkuda kepang
Jangan melayang layang
Jangan menjerit lantang
Atau Syaitan yang kenyang

Jangan lupa
Pada belaian ibunda
Yang tiada taranya

Jangan lupa
Pada jasa ayahanda
Yang tidak terkira

Doakan mereka
Sejahtera di Akhirat sana

Tunaikan kewajipan kamu
Ingat tentang suntuknya waktu

Esok akan datang !!
Bila angin jadi kencang !!
Laut akan meradang !!
Tanah pasti bergoncang !!
Api jadi garang !!

Esok akan menjelang
Lambat laun pasti datang
Satu cerita panjang
Terhimpun semua di satu padang
Semuanya telanjang
Tanpa perasaan sayang

Takutkan Tuhan
Lahirkan kesedaran
Terukir senyuman
Sepanjang perjalanan




HOW I MET FARID.

( a word  for a sentence to shortened every minutes i spend my free time here.. )

Wednesday, November 9, 2011

Maaf

maaf
aku cuma mampu berkata kata
walaupun ia tidak bermakna apa apa

maaf
aku cuma mampu menuding jari
kerana tiada siapa yang berani
menegakkan diri sendiri

maaf
aku cuma mampu bertanya
kerana aku tiada jawapannya

maaf
aku cuma seorang perempuan
yang cetek pemikirannya
yang perlahan perjalannya
yang bongkak riak wajahnya

maaf
aku bukan disini untuk meninggi diri
aku bukan disini untuk mencaci maki
aku bukan disini untuk merayu simpati

maaf
aku cuma kesini untuk kepuasan diri sendiri

maaf
aku tidak kenal siapa lawanku
kerana dia bacul melontar batu
dan tersembunyi jari jemarinya itu
disebalik satu senyuman palsu

maaf..
aku disini untuk menjaga tata susila ku
aku disini untuk menjaga kawasan larangan ku
aku disini untuk menjaja peribahasa ku

maaf
kerana aku tidak tahu siapa kamu

The End
















Sunday, November 6, 2011

Too stoned to be alone




last night i travel myself to another dimension



Last night I travel myself to another dimension
the last thing I remember was, we were having a conversation.




Saturday, November 5, 2011

Telanjang

kaca kaca terpisah
tiada kaca basah

mengalir sang air jernih
berjalan atas angin

satu kaca bersinar
dua kaca berpinar

berdiri lali



sentuhan terusik
perasaan jadi asyik

semua yang tidak
cuma satu kehendak

muka sembab
bergerak lembab
tanpa sebab

berbisik perlahan
tumpukan perhatian

bayang bayang tertinggal
cerita derita yang janggal

menangis dan menyanyi
tanpa bunyi

terbang bebas
bermimpikan angkasa lepas

telanjangkan fikiran
buang semua kesulitan

ubah corak pemikiran
hayati setiap perkataan

biar dia meraung kesakitan
dia menjerit kesedapan

lepaskan perlahan
tarik nafas kemarahan
hela kan kepuasan









THE SHOW IN THE MIDDLE OF A WINTER




the bird's song

the birds are singing 
i am sitting
i am listening
i keep reading
i can't stop smiling
and it keeps me thinking
about one thing
leaving



Thursday, November 3, 2011

Harga Sehelai Hati Sendiri

jangan berhenti di sini
jangan hilangkan harga sehelai hati
jangan tinggalkan diri sendiri

cari sendiri sekeping hati
kemana dia pergi
jangan biarkan dia mati
sedikit lagi kau lari
sampai mana pun jangan berhenti

biarkan yang lain mati
jangan berhenti mencari
dia hilang sukar diganti
dia pergi tidak akan kembali

teruskan berlari
jangan toleh kanan atau kiri
mati nanti bila ikutkan hati

And So On

to him
i used to love
to him
i did what i did
to him
i did my biggest mistakes
for him,
i suffer
for him,
i become selfless
for him,
i become different
for him,
i cried all day
for him,
i cried all night

and so he left
and so i restart

and i found you
and i found you
and i found you

and you found me
you found me..
and so you wait
and so you wait more
for years you wait

and so im yours
and i know you're mine

and i got carried away
i forget
you can leave
you might leave
and so you left

and i stopped..
i think
i think wise
i want you
i just want you
and so i want you

and so i call
but i missed
and so i cry
but you stand still
and so i beg

i apologize
i beg
i cried
i want you

and so you stay for good
and so im grateful

you opened my eyes
you make me realize
i cant make the same mistakes i did
i cant make you leave
or no one can marry me

Diam

bila aku diam,
dia lagi diam.
bila aku kusut,
dia lagi kusut.
bila aku gumbira,
dia lagi gumbira!!

kata dia
hidup dia bukan untuk dia
hidup dia untuk kita
hidup dia bukan untuk masa lepas..
hidup dia untuk masa depan..
hidup dia untuk tuhan dan aku

walaupun aku faham,
dia tetap tak bercakap.
walaupun aku diam,
dia masih tak faham.
walau apa pun..
dia tetap diam

tapi dalam diam dia yang terpaling diam,
dia mati.

dia matikan hati untuk aku sampai mati..

Popular Posts

I am fou summer
I talk to myself





my pseudonym is psycho!!

fou summer

johor bahru, johore, Malaysia
listen.. analyze.. hate and like.. absorb what's important, less talk, talk too much,. my pseudonym is psycho..